
Setiap pemberian itu bukan semata-mata berbentuk wang tetapi boleh juga dari pelbagai sudut selagi mana ia memberikan kegembiraan pada orang yang menerima. Tidak susah untuk mengembirakan orang lain. Mungkin hanya dengan kata-kata, mungkin hanya dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.
Manusia kadangkala sangat susah nak memberi disebabkan pelbagai alasan:
1) Memberi akan berkurangan
Apabila kita memberi, hakikatnya kita memberi kepada diri sendiri kerana semuanya adalah "saham" di akhirat. Sepertimana tuntutan pada setiap muslim supaya mengeluarkan zakat untuk membersihkan dan menyuburkan harta. Ibarat kita mencabutkan sebahagian anak pokok sayur di atas batasnya. Dengan mencabut sebahagiannya, baki pokok sayur yang masih di batasnya akan tumbuh lebih lebat dan subur. Sebenarnya, keinginan untuk memberi akan menjadi satu dorongan untuk seseorang berusaha mencari rezeki. Untuk memiliki kita mesti mencari. Ini akan membuatkan kita lebih gigih berusaha untuk mendapatkannya.
2) Orang yang menerima tidak berterima kasih
Lumrah alam (sunnatullah). Jika kita mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang kita lakukan nescaya akan sakit jiwa kerana kebanyakkan manusia tidak pandai berterima kasih (mungkin tidak pandai mengucapkan terima kasih). Allah juga tidak mendapat balasan terima kasih daripada hambaNya. FirmanNya bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit orang yang bersyukur". (Surah Al-A'raf 7:10). Walaupun begitu Allah sentiasa memberi kepada hambaNya walaupun mereka tidak bersyukur.
3) Bimbang dieksploitasi dan dimanipulasi Jangan terlalu berprasangka buruk dan jangan pula selalu percaya secara membabi buta. Berilah jika dirasakan hasil mata kasar kita bahawa orang itu patut menerima pemberian kita. Jangan cuba menimbulkan prasangka kerana sesungguhnya jika tersilap orang pun, pasti pemberian kita akan mendapat pahala daripada Allah. Jika tidak di dunia pasti di akhirat kelak Harapnya kita termasuk di dalam golongan yang sentiasa memberi. Berilah kegembiraan kepada orang lain. What you give, you get back.... Hari ni saya gembira. Sapa mahu berkongsi bersama saya???? ^_^









